Tuesday, June 16, 2009

opening

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Korang pernah terfikir tak nak mendalami Surah Al-Fatihah ni? Kita baca lebih kurang 17 kali sehari tapi kita pasti tak yang kita faham apabila kita baca Surah ni? Yakin? Yakin tak korang?

Segala surah ini adalah doa. Kalau kita faham dan mendalami kan bagus. Bukan sahaja disukai Allah, malah membuatkan diri kita lebih dekat kepada-Nya. Kita kalau dengan orang yang kita sayang, kita sanggup buat apa sahaja untuk diorang.

Tapi kalau Allah? Kalau Allah? Berapa ramai di antara kita yang sanggup? Berapa ramai di antara kita yang sungguh-sungguh nak menjauhi perkara yang dicela oleh-Nya? berapa ramai?

Aku tak sempurna. Begitu juga dengan kamu. Tapi setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan yg tersendiri..
Takpe. Kita sama-sama cuba yang terbaik okay? Insya Allah. Semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada kita semua. :)

Wallahualam....

dipostkan oleh seorang sahabat ...
:)

Labels:

2 Comments:

Blogger NS said...

Salam!

http://najwashaari.blogspot.com/

semoga segala ilmu ini dapat di manfaat. sesungguhnya hidup ini hanya sekali. hanya satu peluang Allah bagi untuk kita pergunakan. Kalau tak gunakan sekarang, bila lagi?

kalau perkara asas ini pun tak di dalami oleh manusia, habislaaa kita! takut digelar jahil, tapi itulah sebenarnya mojority di antara kita, begitu juga dengan saya.

Salam ziarah :)

June 17, 2009 at 5:45:00 PM GMT+3  
Blogger bbturates said...

iyup2..semoga kita diberi petunjuk dan hidayah dripada Allah untuk melaksanakan segala perintah- Nya dan meninggalkan segaLA larangan...
mohon maaf sekiranye tidak meminta izin berkenaan dengan post...
tpi..saya ade tambah sedikit...
ilmu yg sebegini harus dikongsi agar ramai drpd kita dpt menelaah nye..
kan3...

salam perkenalan drpada saya..

June 17, 2009 at 6:49:00 PM GMT+3  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home