Thursday, January 1, 2009

Kelas agama

Salam..
Ini masa untuk saya jadi budak skema yg berhemah di luar khemah tanpa bantuan Suhaimah- sapa Suhaimah??

Baiklah. Semalam, hari Rabu , saya telah menghadiri kelas agama oleh Ustaz Salman yang bermula pada pukul 7 a.m . Ini merupakan kehadiran pertama saya ke kelas agama ini. sebelum ini, saya tidak berkesempatan untuk hadir. Alhamdulillah, waktu ini saya berpeluang. (nasib baik Fah ajak)Ini semua berlaku secara kebetulan. Di mana, saya memang tidak berhajat untuk pergi kerana saya ade quiz pagi itu jugak. Akan tetapi, Fah iaitu housemate saya telah mengajak saya pergi bersama dia. Pada mulanya saya seperti tidak mahu pergi kerana mahu get ready untuk quiz. Saya berfikir semula ketika saya berada dalam tandas. Terlintas di fikiran saya bahawasanya saya memang berhajat hendak pergi tapi bukan waktu ini. Entah bagaimana, saya tiba-tiba mempunyai keinginan untuk pergi. Jadi, dengan segera saya bereskan urusan saya di dalam tandas lantas memanggil Fah untuk memberitahu bahawa saya mahu pergi. Saya bersiap dengan pantasnya. Perjalanan ke kelas agama tidaklah sejauh perjalanan pergi ke kuliah. Tidak sampai 10 minit. Keadaan pada pagi itu sejuk dan dingin. Kami berjalan dengan pantas kerana sejuk dan lambat. Saya pon masuk dan duduk di bahagian belakang.
Kelas di mulai dengan bacaan doa Umul Kitab. Pengerusinya adalah abg senior. Maaf. Saya terlupa nama abg itu. Tapi yang pasti abg itu memakai topi dan cermin mata serta orang Kelantan kot. Hehe. Ada loghat sikit.

Rupanya, hari itu merupakan hari lahir Ustaz Salman yang ke-27. Hehe. Yang kelakarnya, ustaz sudah tahu bahawa ada kejutan untuk dia.(ustaz tahu dari blog pcm. dorang ckp"jom kita buat kejutan") hahaha..ustaz siap bawak kamera skali tuh!! hehehe

urmm.. Saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menyaksikan sambutan hari lahir yang seberapa itu. Disertakan dengan pemberian hadiah oleh saudara Izzat Kamal, pengerusi PCM (kalu x silap) serta jamuan kecil. Memang seronok. Saya ada mengambil beberapa gambar. (hanya 2 je) hehe.
Majlis dimulakan dengan ucapan wakil ikhwah dan akhwah sempena hari lahir Ustaz. Di akhiri dengan ucapan daripada ustaz sendiri. Kelas agama ketika ini tidak banyak sangat isi agamanya kerana kesuntukan masa.-senior ada kelas-. Walaubagaimana pun, saya gembira dapat hadir. Owh, ya, saya juga ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada ustaz. Semoga ustaz panjang umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.
Owh, lupa pulak. Ketika ustaz sedang member ceramah, boleh pulak ustaz Tanya, “nak makan biler ye?” hehehe.. kelakar betul ustaz nie. Hehe. Lagi satu, Wani x hadir kemungkinan dia kepenatan. Dia merasa rugi kerana tidak hadir kelas agama itu tadi –setelah kami pulang-. Saya dan Fah enjoy makan jamuan pada pagi itu- ada pudding, kuih-muih, mee sup, keropok dan KEK. Owh ye, kek itu warna hijau –kek hari jadi ustaz-. SEDAP!!!! Kek buatan sendiri taw!
Selepas itu, saya dan Fah pun pulang ke bait sambil bawa limau. Hehe. Kami pulang dengan kekenyangan. Wani cemburu!!! Hehehehe.
Akhir kata dari saya, nak pegi lagi la kelas agama ustaz. Ceramah die best. Sbb ustaz pandai buat lawak. Jadi tidak ngantuk. insyaAllah, kalu ade kesempatan saya hadir lagi. Sampai di sini saja. Salam.ucapan oleh pengerusi PCM

penyampaian hadiah oleh saudara Izzat

Labels:

2 Comments:

Blogger dealova said...

fat..
ko xajak aku..
nak majok r cmni....=p

January 6, 2009 at 12:23:00 AM GMT+2  
Blogger bbturates said...

alalal..busyuk2..cayang wani..meh2 ak pujuk..jap2..ak gi bilik ko jap..heheh..
dah..settle..haha..
(cam ne nak ajak..org tu tido khusyuk betul siap sarung satu badan dgn selimut)-sian pulak nak tarik selimut tu-..kekeke

January 6, 2009 at 12:56:00 AM GMT+2  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home